Saturday, March 5, 2011

~ The Best Journey Ever! ^-^ ~


Assalamualaikum w.b.t...

Seawal jejak langkah kaki ku ke sini, kau hulurkan tangan mu menyambut ku mesra walaupun pada mulanya kau teragak-agak kerana peristiwa lama. Dengan seukir senyuman manis penuh mesra kau iringi perjalan kita diawal pertemuan. Perjalanan kita pada ketika itu penuh dengan suka dan gelak ketawa. Aku suka, kau ketawa. Sungguh indah keindahan kita bersama dikala itu.

Seawal pagi hari ku kau sinari diri ku dengan cahaya kegembiraan tatkala seukir senyuman dihias khas buat ku. Seharian bersama disisi mu menbuatkan ku bahagia. Setiap saat ku kau penuhi dengan gurauan senda agar aku lupakan masalah sekeliling dan menikmati saat-saat sekarang dengan mu. terlintas di hati ku, kau adalah segalanya bagi ku.

Pada suatu hari, kau mengirimkan sekotak hadiah sempena hari lahir ku. Tertera di situ, 'Terima kasih atas kesudiaan mu menemani hari-hari ku. Susah senag kita bersama. Aku janji. SELAMAT HARI LAHIR'. Mengalir air mata ku tanda gembira yang teramat sangat. Aku bersyukur dengan kahadiran mu disisi ku selalu. Pertalian kita makin hari makin kuat, makin sayang.

Setelah selang beberapa tahun. Sejak kau mula berkawan dengan kenalan baru. Kau biarkan aku sendirian meniti hari-hari ku yang pada kebiasaannya kau sentiasa ada bersama ku tidak kira apa hal yang datang. Ujian buat ku datang lagi. Aku terkilan dan kecewa dengan tindakan mu. Kau cuma menemani ku di saat aku senang. Susah ku kau abaikan. Aku kini keseorangan lagi. Kemanakah kata-kata janji mu pada ku tempoh hari? Adakah ini semua hanya kata-kata tanpa makna bagi mu?

Tempoh kita hanya 3tahun bersama. Mengapa kau sanggup mambiarkan aku sendirian di akhir-akhir hari-hari kita bersama? Aku pasrah dengan ujian buat ku ini. Saat-saat akhir ku di sini seperti tiada yang manis. Yang ada hanyalah kenangan bersama mu dahulu. Kehadiran ku seperti sudah bermakna lagi. Aku kuatkan semangat ku untuk meneruskan perjalanan ini walaupun tanpa diri mu disisi. Dengan hanya berbekalkan azam ku, aku terus maju kehadapan. Kau hanya ku doakan semoga bebahagia dengan kehidupan mu.

Mahukah kau akhiri saat-saat ikatan ikhlas kita dengan segulung penghargaan tanpa penyelesaian?



Jika YA,
Kini kau tiada untuk ku kongsi kebahagiaan itu bersama mu. Aku tangisi kehilangan mu. Kelihatan dari jauh kau dan dia bersorakan kegembiraan. Tinggal aku sendirian di sini. Terimbau sesaat kenangan kita.



Dahulu,

kau pamagkin semangat ku,

kau punca keceriaan ku,

kau teman susah ku,

kau teman senang ku,

kau penghibur hati ku,

kau semangat ku...




Jika TIDAK,
Kini kita sudah berbaik-baik semula. Kau akui kesalahan mu dahulu kerana membiarkan pertalian ini hanyut tanpa arah tuju. Kau sedar akan hal ini juga dari pihak lain kerana tidak sedar akan kesalahan kau dikala itu. Hari-hari ku kini bersinar kembali denagan kehadiran mu. Saat-saat akhir kita kali ini adalah yang terindah dalam hidup! Aku bersyukur!




Ingatan tulus ikhlas buat mu...
SAHABAT...

Nukilan,
-kawan, teman & sahabat mu, Huurun-

3 comments:

  1. qema: hehe time ni mg tgh feeling habis. bcurah2 ke ladang gandum..hihi ;D

    yun: please come again..thx for follow =)

    ReplyDelete