Saturday, January 29, 2011

~True Friends?? ~

Assalamualaikum... \(^_^)/



I got a story to share. Based on a true story. Hope this will make you think deeper on your own behavior to your friends all around you no matter where, when and how do you like him/her. Please do appreciate them fairly with others. Here's the story.

__________________________________________________________________

"Seronokkan join kem ni?", Aina dengan girangnya menyuarakan rasa kepuasan dirinya menyertai kem 2hari 1malam di luar kampus petang itu.

"Aah seronok sangat saya rasa macam tak nak balik dah ni..hihi", Kak Zee membalas.

"Ish korang ni memanglah best program macam ni..baru tahu ke? aiyaa..", celah Farah.

Suara mereka sahaja sudah memecahkan kesunyiaan di hujung kawasan camping site itu tanpa mereka sedari. Petang itu mereka akan memulakan sesi sukaneka antara group dari kampus-kampus lain. Cuaca petang itu juga cukup cerah dengan sinaran sang matahari seolah-olah seperti memberi semangat yang sehangat dirinya kepada kami. Kami juga seperti seceria sinarannya.


“Pritttt…” kedengaran bunyi wisel ditiup tanda masa rehat kami berakhir dan sesi yang kami nantikan tiba; sukaneka. Pengarah game kali ini adalah rakan sekuliah saya sendiri yang sentiasa bersemangat dalam aktiviti outdoor seperti ini. Dialah yang memberi cadangan supaya kami join program ini. Tanpa membuang masa, Muaz mengarahkan setiap group membuat satu barisan mengikut kampus masing-masing.

“Satu, dua, tiga, empat…” kami diarahkan mengira dari barisan pertama untuk menghasilkan group baru untuk Grouping Friendly Activity (GFA) kali ini. Ada suara yang mengeluh dibelakang. Saya hanya akur dengan berfikiran terbuka untuk menambah bilangan sahabat baru. Setiap kali menghadiri program sebegini, pasti sedaya upaya saya cuba berubah dari seorang pendiam kepada seseorang yang mampu bergaul dengan orang ramai. Bimbang akan masa depan saya sekiranya saya tetap tidak pandai bergaul dengan orang lain.

Semasa aktiviti service bola tampar dalam group, saya sudah tidak menentu kerana tidak berapa pandai dengan game ini tetapi sya hadapi juga game ini sebagai cabaran. Tiba-tiba balingan ketiga kali itu sampai kepada saya dan saya tidak sempat hendak menangkap dengan baik lalu saya terjatuh. Kawan-kawan sekeliling terkejut dan ada yang membantu saya bangun. Kekesalan bermain juga dalam game ini menyerbu diri.

Tangan saya selepas terjatuh itu seperti dihurung semut. Kelihatan bengkak sedikit dan tidak boleh dibengkokkan angle tangan. Selepas saya keluar dari bulatan itu game tadi pun sambung semula. Kakak-kakak facilitator tiada di situ untuk merawat saya kerana mereka terlibat dengan briefing untuk aktiviti seterusnya di dewan. Saya bertanya kepada Farah jika dia ada bawa minyak panas tetapi persolan saya langsung tidak diendahkan kerana begitu taksub dengan menyokong team dia. Kawan sendiri yang sedang sakit ini pun sanggup dipalingkan muka. Terkejut dengan ketidak perihatinan seorang kawan sekampus lalu saya membawa diri bertanya kepada yang lain-lain.

Dengan keadaan saya yang kebas tangan tetap saya bergegas saya ke kawasan team Kak Zee pula. “Kak Zee, ada minyak panas tak?”, saya bertanya dalam keadaan Kak Zee yang sibuk membaling guli ke dalam bulatan. Dia menggeleng dan terus focus dengan gulinya. Tersentak saya dengan cara layanan Kak Zee yang berbeza dari sebelum ini. Setahu saya Kak Zee ini seorang yang prihatin terhadap semua rakannya. Bergenang air mata apabila kesulitan saya diketepikan rakan-rakan yang sememangnya rapat di kampus.

Tanpa membuang masa lagi, saya terus ke dewan untuk mendapatkan First Aid Kit dari AJK Keselamatan yang bertugas kerana risau bengkak itu makin menjadi-jadi. Walaupun dewan itu jauh dari kawasan game kami tetapi saya kuatkan diri ini untuk ke sana. Dengan ilmu pengetahuan yang ada ini saya rasa menyapu minyak panas mampu mengurangkan rasa sakit atau megurangkan bengkak.

Tiba sahaja di pintu dewan, dalam dewan tersebut kosong dan saya hanya dengar dendangan nasyid Jalinan oleh kumpulan UNIC. “Aduh, mana mereka ni? Melaratlah bengkak tangan saya ni”. Saya agak buntu memikirkan ke mana lagi mahu mencari mereka kerana jarak dari tapak game saya sebentar tadi bukannya dekat tetapi jauh.

“Prangg…”

“Allah! Tolong!”, saya.....

_______________________________________________________________

Person who’s really meant what he/she being friends for should able to understand this story. Friendship is about being present for each other whether in joyful time or even in hardship.



Was salam…

No comments:

Post a Comment