Monday, March 28, 2011

~My 21st day~




Assalamu'alaikum w.b.t.

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana aku masih lagi diberi peluang untuk menikmati hidup sebagai seorang mujahidah di atas muka bumiMu in...

Jutaan terima kasih ku kirimkan buat UMMI dan BABA yang telah melahirkan ku, berkorban siang malam menjaga ku, memberi pendidikan yang secukupnya sehingga ku berjaya berdiri sendiri di Universiti, mengajarku erti hidup berdikari sebagai seorang muslimah yang tabah dan kuat, memberi ku sebanyak mungkin ilmu islamiah supaya aku tidak lupa akan tujuan ku berdiri di dunia yang sementara ini, memberi ku pengajaran atas kesalahan-kesalahan tingkah ku dan yang paling ku hargai adalah kasih sayang mu yang tidak pernah kurang...
I LOVE YOU BOTH!!!

Jutaan terima kasih juga buat adik-adik ku yang sudi memberi dorongan dan semangat buat along dalam meniti hari dalam semua aspek untuk menuju ke puncak jaya. Doa ku semoga kamu semua menjadi hamba Allah yang taat, anak yang soleh dan solehah, pelajar yang cemerlang dan warganegara Islam yang berwawasan...all the best semua~ ^_^


No comments:

Post a Comment