Monday, April 4, 2011

~Nikmat CINTA~



Assalamualaikum w.b.t.


‘Kekesalan menyelubungi diri tatkala CINTA yang menjadi rebutan itu pergi tanpa sedar. Air mata megalir deras meratapi pemergiannya. Tetapi ketahuilah bahawa saat yang telah menyedarkan diri kita akan kehilangannya itulah sebenarnya pengembali semangat diri kepada CINTA lama.’


Saat saya bermula apabila diri ini seakan-akan abnormal tanpa sebab. Bagi saya ini adalah ujian yang paling besar kerana kondisi saya dalam keadaan ini amatlah teruk jika mahu dibandingkan dengan masa normal. Semua perkara di setiap sudut hidup tidak menentu dan kelihatan samar-samar. Saya akan menjadi moody, touching dan semua emosi saya akan kelihatan pada waktu-waktu kronik sebegini.


Salah satu penyelesaian saya adalah pendam, pendam dan pendam. Arghh! Terasa seperti di dunia ini langsung tiada tempat untuk saya mengadu walaupun kekasih abadi saya menunggu saat-saat emas itu. Kepercayaan yang pertama dalam rukun iman itu tetap di hati tetapi saya tidak pernah mengajukan sebarang permasalahan saya kepadaNya. Secara tidak langsung saya telah mengetepikan iman sendiri. “Nauzubillah. Jangan sampai iman itu hilang dalam diri seorang mujahidah yang sedang mencari redhaMu ini ya Allah”.


Bukan ingin menunjuk atau riak tetapi sekadar ingin berkongsi supaya menjadi pengajaran buat yang membaca. Ada kalanya hidup saya ini bagai dipeluk erat dengan kemas, dijaga dengan penuh kasih sayang, diberi nikmat secukupnya dan sentiasa dibawah cahaya yang terang lagi disuluh. Ketika itu dengan yakin saya mampu berdiri sendirian tanpa tongkat kerana diri ini terasa begitu dilindungi dalam setiap aspek kehidupan. Setiap kemahuan saya dipenuhi, jika tidak dipenuhi pula hikmahnya terang dan nyata mengapa. Cahaya kebaikan sentiasa di hadapan mata dan saya hanya perlu terus mara kehadapan dengan suluhan itu. Kesalahan dan keburukan dapat saya nilai dengan sebaiknya dan terus ditolak tepi tanpa ada sedikit pun kemahuan terhadap perkara tesebut. Seakan-akan diri ini terpelihara dari semua keburukan dunia. “MasyaAllah”.


Dalam keasyikan menilmati nikmat CINTA itu, saya semakin hari semakin lupa tentang asal kewujudan nikmat tersebut. Saya leka, terlalu yakin dan timbul sedikit riak dengan kelebihan diri tanpa sedar. Suatu hari saya dilanda cronic problem seperti biasa. Saya hilang arah tuju dan mula menyalahkan semua yang ada di sekeliling saya sebagai punca permasalahan diri ketika itu. Ketika sedang saya membaca entri seorang sahabat pada suatu petang, tiba-tiba ada click yang telah menyedarkan saya dari ketidakwarasan diri. Berjurai air mata kekesalan membasahi pipi. Barulah saya tersedar bahawa kini semua nikmat CINTA itu telah lenyap. Six sense saya telah hilang. Nikmat saya telah ditarik balik.



Saya mengambil peluang itu untuk bermuhasabah diri atas segala dosa-dosa kecil dan besar yang telah dilakukan tanpa sedar. “Ya Allah tunjukkanlah jalanMu supaya aku kembali kepadaMu semula seperti sedia kala. Tenangkanlah hati ku ini dalam mengharungi liku-liku hidup ku. Kini aku merindui saat-saat Kau dekat dengan ku. Ya Allah, kau perkenankanlah permintaan hambaMu ini. Amin.”. Dalam hati seikhlas-ikhlasnya saya mohon petunjuknya supaya diberi peluang dan dilindungi dalam menempuhi ujian-ujian dariNya.


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri."

(Ar-Ra'd : 11)


Kesedaran ini juga bermula sejak saya mengenali hambaMu yang boleh di kategorikan sebagai ‘teman’ yang telah menyedarkan dan menerangi jalan saya yang berliku ini kepada sebuah penyelesaian yang mudah dan mantap dengan izinNya. Dalam hati ini saya amat mensyukuri kehadiran teman seperjuangan saya ini. Walaupun tidak semua perkara boleh diluahkan kerana diri saya yang terlalu berahsia tetapi dengan kata-katanya yang begitu mantap telah memberi inspirasi dan sekali gus telah merungkai permasalahan lain yang tidak terluah. Luahan selebihnya akan saya luahkan ketika malam yang indah lagi tenang bersamaMu “Subhanallah betapa uniknya caraMu”.


Was salam

No comments:

Post a Comment