Saturday, June 11, 2011

~Peralihan~

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w bersabda :
"Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat. Maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api." [Hadis Riwayat Tirmizi]


Cuti yang penuh kerinduan.
MasyaAllah sekejap sahaja masa yang berlalu. Kini saya sudah mula berinjak ke dunia remaja plus dewasa. Tamat sahaja pengajian diploma terus melonjak rasa kedewasaan itu. Entah mengapa. Hormon agaknya.
Selepas tiga minggu lamanya, saat-saat yang saya tunggu-tunggu pun tiba. Kami berjumpa semula untuk clearance MARA. Bagi saya keadaan sudah tidak sama seperti dahulu walaupun kami semua berada di tempat yang sama dan berpijak di atas tempat yang sama. Jauh bezanya! Tiba-tiba perasaan aneh menyelubungi diri!
Dalam kepala semua persolan pelik menyerbu. Berlegar-legah di fikiran. Suasana menjadi pelik sepanjang berada di kolej hari itu. Kehadiran saya hari itu di kolej seakan-akan hanya mimpi. Teruja!
Kawan-kawan pula hanya singgah sebentar tanpa overnight. Tambahan pula saya yang hadir terlewat. Sepatutnya tiba awal; sembilan pagi. Disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielak, saya tiba sedikit lewat; sebelas pagi. Borang juga telah diambil dan diisi sedikit sebanyak oleh mereka. Selesai mengisi boring dan hantar ke rekod, kami hanya sempat bersama selama empat jam sahaja.
Dilemma mahu bermalam atau pun tidak. bakalan baju sepasang telah dibawa sebagai precaution jika ada hal-hal lain yang tidak sempat diselesaikan dalam masa sehari. Adik kesayangan saya juga belum saya ketemu. Bermalam itu memang niat asal sebelum dating lagi walaupun nanti urusan akan selesai dalam satu hari sahaja.
Akhirnya saya membuat keputusan untuk bermalam. Dalam tiga petang saya mengiringi kawan-kawan untuk pulang. Dalam hati, ‘sekejap pun tidak mengapa. Dah dapat jumpa ni pun cukup untuk mengubati rindu di hati’. Pasrah.
Malam tiba. Saya mengahabiskan masa terluang khas bersama dia yang terdekat. Memang itu yang saya mahukan. Makan bersama, menonton movie bersama dan tidur bersama. Tidak banyak yang boleh dilakukan. Sebenarnya saya kaku dengan perasaan aneh yang memburu diri sejak dari pertama kali menjejakkan kaki di situ.
Keesokkan harinya pagi-pagi lagi saya bersiap untuk pulang. Adik-adik di rumah tinggal bertiga tanpa jagaan. Tambahan pula dengan perjalanan yang extra ‘jauh’ akan mencuri masa saya.
Selamat tinggal kolej. Mungkin ini kali terakhirnya saya menjejakkan kaki. Entah bila pula saya sampai ke situ lagi.
Setiba di rumah, keadaan rumah tidak dapat ditafsirkan. Bersepah. Tetapi tidaklah seteruk mana pun. Baju di bilik adik-adik bersepah merata-rata. Mereka akan merantrau ke negeri lain untuk mengahadiri sesi motivasi bersama pakar motivasi terkenal pada keesokan harinya. Jadi mereka bertolak awal sehari bersama kakak dan mak.
Semua hal rumah terserah atas bahu saya. Sendiriaan di rumah dan tiada apa-apa aktiviti lain membuatkan diri saya menjadi Cinderella sepenuh masa.
Tugas pertama saya membersihkan najis. Aduh! Saya yang kena. Biasanya hal-hal yang berkaitan dengan haiwan kesayangan adik-adik diserahkan kepada mereka. Biar diajar rasa disiplin dalam diri akan kemahuan dan risikonya. Semalaman dibiarkan kucing bermalam bersama. Itulah risikonya.
Naik turun yang berulang dan ke hulur kehilir. Betul-betul membuatkan saya mula melonjak kepanasan yang membara dalam jiwa. Kadang-kadang meninggikan suara tatkala meminta mereka tolong sedikit kerja apabila saya tidak mampu bergerak kerana tidak mahu satu rumah tidak sah untuk dibuat solat. Alhamdulillah ianya hanya seketika. Saya beristighfar sebentar dan menarik nafas dalam-dalam. Semua kerja ini perlu diteruskan juga.
Tugas kedua pula memasak. Memandangkan empat orang sahaja yang tinggal. Saya masak masakan sesimple mungkin untuk menjimatkan masa. Mereka juga sudah lapar kerana masa sekarang juga sudah masuk masa makan tengahari. Mengemas dapur juga perlu seperti biasa.
Tugas ketiga, menguruskan kain baju. Yang paling serius kondisi parahnya adalah bahagian urusan tugas ini. Entah mengapa baju mesti berlambak-lambak dalam bakul. Budak-budak suka sangat bermain dengan baju. Ala-ala model agaknya bertukar-tukar baju. Mana tidaknya, saya juga berperangai begitu kecil-kecil dahulu. Saya tegelak seketika mengenangkannya.
Tugas keempat. Rumah. Menyapu dan mengemas terutama di bilik adik-adik yang sudah tidak nampak rupa bilik. Menyusun baju mereka memang ‘seronok’, jadi saya biarkan dahulu bertimbun di atas rak.
Dialih pula pada tugas terakhir saya. Rehat secukupnya. Fuh. Keletihan terasa. Walaupun baru mengahbiskan penat di atas bas, namun tanggungjawab tetap menjadi prioriti. Tetapi rasa mengantuk tidak berkunjung tiba. Saya alihkan pada bacaan novel. Akhirnya saya terlena ketika membaca. Mimpi indah menemani diri.
Terasa peralihan diri yang begitu ketara. Kini saya mula memahami keanehan diri. Semuanya persoalan telah terjawab. Saya bersyukur!

1 comment:

  1. Salam. Satu perkongsian yang baik.
    Cuma ada sedikit pandangan terhadap blog ini.
    Satu, lebih molek jika dibesarkan sedikit tulisannya.
    Dua, jangan terlalu gelapkan background blog ini. Sebab agak menyusahkan pembaca untuk membaca. Just pandangan peribadi.

    ^^

    ReplyDelete